KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus menjelang tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya.
"Kita lihat sebanyak 130,000 ketua isi rumah berada dalam kumpulan miskin tegar ketika ini, kita harus keluar daripada masalah ini dan ia tidak mustahil untuk dilakukan kerana pelbagai kementerian telah dikoordinasikan. Insya-Allah azam kita pada tahun ini dan tahun hadapan kadar ini akan berada di tahap satu digit iaitu bawah 10 peratus.
Perdana Menteri juga telah memberikan amanah kepada saya bukan hanya untuk menyelaras tetapi melihat keberkesanan pada setiap pelaksanaan usaha bagi menoktahkan kemiskinan tegar," katanya ketika menjadi tetamu pada program Naratif Khas: Senada Memperkasa Ekonomi MADANI yang disiarkan RTM malam Isnin.
Beliau berkata bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai, pelbagai program telah dirangka untuk meningkatkan sumber pendapatan golongan ini.
"Dari segi program, kita ada Program Peningkatan Pendapatan melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta yang mana melalui program ini kumpulan miskin tegar, miskin dan B40 dapat dibantu dan sebanyak 70 peratus peserta program ini telah dapat meningkatkan pendapatan mereka melebihi 30 peratus daripada pendapatan asal mereka.
Selain itu, kita juga lakukan program latihan dan kemahiran kerjaya bagi meningkatkan kemahiran generasi baharu di kawasan desa dan hasilnya kita dapati 70 peratus peserta yang tamat latihan, mendapat pekerjaan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata menerusi program Desa Lestari, ia bukan sekadar bertujuan untuk memperkasakan sosioekonomi desa tetapi turut memberi khidmat nasihat dan juga bantuan kepada koperasi desa.
"Ini bagi membolehkan koperasi desa menjana pendapatan penduduk luar bandar sekali gus bersama-sama menurunkan kadar kemiskinan dan menangani kos sara hidup," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pula, kadar kebolehpasaran peserta berada pada tahap 92.9 peratus dan ini menunjukkan satu pencapaian yang cukup baik.
Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Ekonomi MADANI, kerangka ekonomi yang bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia, akan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pengumuman "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" adalah satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu berkaitan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan serta menggariskan tindakan bagi menangani isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ambil duit kerajaan beri kepada miskin luar bandar, bukan cara perkayakan mereka - Dr Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendekatan tersebut tidak begitu berkesan, selain ia boleh memberi risiko kepada kerajaan untuk bankrap.