Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos

Bernama
Julai 5, 2024 19:07 MYT
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. - Gambar fail/ FB Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.
Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
-- BERNAMA
#Sabah #Hari Sabah #warta #Hajiji Noor
;