Kerajaan peruntukkan RM80 juta pembesaran landasan Lapangan Terbang Sandakan

Harits Asyraf Hasnan
Mei 7, 2017 10:33 MYT
Datuk Seri Najib berkata inisiatif itu akan membantu meningkatkan sektor pelancongan di Sandakan sekaligus memacu ekonomi penduduk setempat. - Foto Malaysia Airports
Kerajaan meluluskan peruntukan RM80 juta untuk kerja-kerja pembesaran landasan lapangan terbang Sandakan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu akan membantu meningkatkan sektor pelancongan di Sandakan sekaligus memacu ekonomi penduduk setempat.
"3 Mac lalu saya datang sini saya tengok kedai-kedai di sini agak malap sedikit, hotel pun tidak ramai pelanggan. Ada cadangan peniaga-peniaga Cina di sini, kalau panjangkan landasan lapangan terbang Sandakan, jet besar boleh turun.
"Penerbangan terus dari China dan Korea boleh terus ke Sandakan dan Sandakan akan terus maju lagi.
"Saya telah janji bahawa lawatan saya yang akan datang saya akan lancarkan pembesaran landasan kapal terbang Sandakan dan hari ini lepas program ini saya akan ke lapangan terbang Sandakan untuk melancarkan projek ini," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan di sini hari ini.
#Datuk Seri Najib #Lapangan Terbang Sandakan #Menteri Kewangan #pembesaran #Sandakan #sektor pelancongan
;