Kerajaan peruntuk RM78 juta bina Pasar Payang baharu

Astro Awani
Mei 23, 2016 19:17 MYT
Najib mendekati para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu sewaktu melakukan program 'walkabout'. - Foto Bernama
Pasar Payang di Kuala Terengganu bakal berwajah baharu menerusi peruntukan sebanyak RM78 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurut Najib, projek berkenaan bakal merangsang industri pelancongan di kawasan terbabit serta merancakkan lagi kegiatan ekonomi penduduk tempatan.
“Dengan terlaksananya projek ini, maka para peniaga akan dapat berniaga dalam keadaan lebih selesa. Saya yakin industri pelancongan juga akan lebih maju.
“Saya juga meninjau dan bertemu dengan beberapa penarik beca dan penumpang bot di mana kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju memberi bantuan bulanan kepada mereka sejak tahun sudah dan saya yakin ini akan memberi banyak kelegaan kepada mereka,” katanya selepas program 'walkabout' di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu.
Pembinaan Pasar Payang baharu berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
#Kuala Terengganu #Najib Tun Razak #Pasar Payang
;