Kerajaan peruntuk RM360j untuk latih pekerja mahir
Astro Awani
Februari 25, 2013 23:41 MYT
Februari 25, 2013 23:41 MYT
Kerajaan mensasarkan 745,800 pekerja dapat dilatih bagi meningkatkan kemahiran dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam menjelaskan ia selari dengan matlamat kerajaan untuk mempunyai 33 peratus pekerja tempatan mahir.
Jelas beliau Pembangunan Sumber Manusia Berhad, (PSMB) memperuntukkan RM360 juta kepada 13,356 majikan berdaftar bagi menjalankan latihan terhadap pekerja.
Tambahnya, usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir yang boleh mengekang pertumbuhan ekonomi dan produktiviti negara.