KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu, dana RM62 juta akan disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion.
Katanya dana RM200 juta pula disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus, di samping moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah Tekun Nasional (TEKUN) dan Agrobank untuk manfaat pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang terkesan.
"Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi keluarga peladang termasuk isu yang dihadapi kini iaitu berkaitan dengan peningkatan harga baja dan racun," katanya pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS kali ke-47, di sini malam ini.
Katanya beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk merangka dan memformulasi langkah-langkah mitigasi untuk menangani isu berkenaan.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif berasaskan 'input' dan 'output' dengan kontrak membekal dan menghantar input pertanian diberikan kepada NAFAS selaku badan induk pergerakan Pertubuhan Peladang yang menaungi 920,000 ahli di seluruh negara.
Katanya pemberian itu dilakukan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Dis 2023 dengan nilai RM1.82 bilion.
"Saya telah maklumkan Menteri Kewangan kita perlu bantu NAFAS. Apabila kita bantu NAFAS, maka secara langsung kita membantu golongan peladang, petani dan penternak," katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan membantu pesawah yang tiada pendapatan sementara menunggu musim menuai, dan bagi tujuan itu kerajaan terlebih dahulu akan berbincang dengan MAFI serta MOF untuk mengkaji implikasi kewangan terlibat.
Sementara itu Perdana Menteri berharap keluarga peladang dapat bergerak akrab dan sentiasa menjaga kebajikan antara satu sama lain, sekali gus bergerak sebagai 'subset' yang melengkapi Keluarga Malaysia.
Beliau berkata Malaysia telah melalui tempoh yang penuh mencabar susulan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan bukan sahaja dalam aspek sosial, tetapi juga ekonomi, termasuk Industri Agromakanan Negara terutamanya di peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Katanya warga peladang, penternak dan nelayan telah menjadi tulang belakang negara dan petugas barisan hadapan dalam sektor agro makanan negara, sekali gus memastikan kelancaran keseluruhan rantaian makanan termasuk pengeluaran, pengedaran dan peruncitan produk hasilan pertanian dan industri makanan.
Perdana Menteri berkata beliau yang dibesarkan dalam keluarga penoreh getah serta pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2013 hingga 2015 amat memahami perit getir dan cabaran dihadapi peladang, penternak dan nelayan dalam negara.
"Pertanian sesungguhnya amat sinonim dengan saya. Seperti semua tahu bahawa saya dilahirkan dan membesar dalam keluarga petani. Kerana itulah jiwa petani sentiasa tersemat di dalam sanubari saya," katanya.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dan kedua-dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Ismail berkata, daripada jumlah itu, dana RM62 juta akan disalurkan melalui NAFAS sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion. - Gambar/ Bernama
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.