Kerajaan pertimbang benar kilang beroperasi jika 80 peratus pekerja lengkap 2 dos vaksin

Umavathi Ramayah
Julai 21, 2021 10:00 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
"Salah satu syarat yang kerajaan tetapkan untuk membenarkan kilang beroperasi semula adalah apabila 80 peratus daripada pekerja mereka sudah mendapat dua dos selain beberapa syarat tambahan lain seperti ujian saringan secara berkala," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kelompok terakhir vaksin Sinovac kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di sini pada Rabu.
#kilang #syarikat #beroperasi semula #kebenaran beroperasi #ismail sabri yaakob #Timbalan Perdana Menteri #vaksin #COVID-19