Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM430 juta kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi tahun 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu, RM130 juta merupakan pembiayaan caruman kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
Sejumlah RM300 juta lagi diberikan berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup.
"Jumlah caruman yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi 2014 berjumlah RM287 juta," kata Perdana Menteri kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Majlis Kewangan Negara 2013, di sini Selasa.
Perdana Menteri berkata peruntukan ini disediakan supaya Kumpulan Wang Simpanan Negeri mampu membiayai permohonan pengeluaran daripada kerajaan-kerajaan negeri pada tahun berkenaan.
Selain itu, Najib berkata kerajaan Persekutuan akan membiayai 50 peratus kos mengurus senarai bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Negeri) Semenanjung, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah dan Kementerian Perancangan dan Sumber Sarawak (Fungsi Perancangan Bandar dan Desa).
"Pemberian ini akan diberikan mulai tahun hadapan berdasarkan perbelanjaan mengurus jabatan pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan keputusan ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan antara RM28 juta dan RM32 juta untuk tahun hadapan.
"Menerusi pembiayaan ini, jabatan ini diharapkan dapat memainkan peranan lebih aktif dan berkesan di peringkat negeri dan seterusnya membantu mencapai matlamat negara menjelang 2020," katanya.
Najib berkata mesyuarat itu juga meluluskan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri untuk diguna pakai oleh semua kerajaan negeri.
Pada mesyuarat itu juga, sebuah jawatankuasa Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri ditubuhkan supaya isu mengenai pemberian penyelenggaraan jalan negeri dapat diselesaikan dengan lebih cepat tanpa merujuk kepada Majlis Kewangan Negara.
"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Akauntan Negara, Peguam Cara Perbendaharaan dan empat wakil kerajaan negeri," katanya.
Najib juga berkata wakil kerajaan negeri akan dipilih bagi setiap tempoh dua tahun daripada kalangan Pegawai Kewangan Negeri/Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak/Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.
"Mereka akan mewakili empat zon iaitu Zon 1: Perlis, Kedah Pulau Pinang dan Perak, Zon 2 : Kelantan, Terengganu dan Pahang, Zon 3: Selangor,Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan Zon 4: Sabah dan Sarawak," katanya.
"Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan merupakan Setiausaha jawatankuasa ini," kata Najib.
Perdana Menteri berkata mesyuarat juga bersetuju terhadap cadangan Rang Undang-Undang Akta Tatacara Kewangan (Pindaan) 2013 bagi melaksanakan perakaunan akruan kerajaan Persekutuan mulai 2015 dan bagi kerajaan negeri mulai 2016.
Bernama
Tue Jul 30 2013
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.