Kerajaan Perpaduan buta warna, tidak pinggir negeri pembangkang ketika dilanda bencana

Bernama
September 8, 2023 19:42 MYT
Ahmad Zahid berkata Kerajaan Persekutuan disifatkan 'buta warna' kerana menyalurkan bantuan tidak mengikut parti politik sebaliknya membantu semua rakyat ketika dilanda musibah. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri yang ditadbir oleh pembangkang dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ketika bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata Kerajaan Persekutuan disifatkan 'buta warna' kerana menyalurkan bantuan tidak mengikut parti politik sebaliknya membantu semua rakyat ketika dilanda musibah.
"Umpamanya ada kerajaan negeri yang tidak bersama dengan Putrajaya kita tetap membantu kerana kita Kerajaan Perpaduan ini buta warna, tak kira apa parti politik kita bantu.
"Atas nama tanggungjawab dan (nilai) kemanusiaan... kita tetap membantu rakyat yang ditimpa bencana," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MADANI Siaga peringkat Negeri Johor di PPR Melana Indah, Perling hari ini.
Dalam usaha memastikan semua pihak siap siaga berdepan risiko berlaku bencana, Ahmad Zahid menyeru agar kerjasama antara rakyat dan agensi kerajaan dapat diperkukuh.
#Kerajaan Perpaduan #buta warna #negeri pembangkang #Ahmad Zahid Hamidi #bencana
;