Kerajaan perlu yakinkan isi rumah turunkan kos sara hidup
Faida Rahim
Februari 25, 2024 04:00 MYT
Februari 25, 2024 04:00 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi keyakinan kepada setiap isi rumah bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan sehabis baik bagi meningkatkan pendapatan dan menurunkan kos sara hidup rakyat.
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Barjoyai Bardai berkata, ini termasuk mengawal harga barangan keperluan utama seperti beras yang berpotensi meningkat berikutan kadar ringgit yang terus melemah.
"Kebelakangan ini kita melihat bahawa harga beras potensinya akan meningkat daripada RM26 ke RM30 minimumnya... itu menjadi kerisauan kepada isi rumah," kata Barjoyai ketika diwawancara dalam program Fokus Minggu Depan terbitan Astro AWANI pada Ahad.
Kata Bajoyai, berdasarkan tinjuan peribadi beliau, buah- buahan import menunjukkan penurunan harga dan situasi ini dilihat sesuatu di luar jangkaan.
"Tapi secara keseluruhan apabila kos barang yang diimport itu dengan menggunakan kadar dolar Amerika dan harga kadar dolar Amerika merosot, sudah tentu kita akan mengalami kenaikan harga.
"Cuma adakah para peniaga mungkin berani untuk asborb sebahagian daripada kos itu untuk memastikan perniagaan tidak terjejas dan isi rumah terus sejahtera misalnya," ujarnya lagi.