Kerajaan perlu segera warta Akta COVID-19 - Pemuda MCA
Astro Awani
April 27, 2020 15:10 MYT
April 27, 2020 15:10 MYT
Kerajaan perlu segera mewartakan Akta COVID-19 untuk membantu dan memastikan peniaga kecil dan sederhana (PKS) dapat menempuh cabaran selepas COVID-19 kelak.
Naib Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chris Daniel Wong berkata, ia sekali gus usaha memastikan perniagaan mereka tidak rebah dan mampu membayar sewa serta perbelanjaan lain selama tidak mendapat pendapatan semasa COVID-19.
Jelasnya, ia juga satu langkah telus yang boleh dibuat kerajaan seperti yang dilakukan negara-negara lain seperti United Kingdom (UK) dan Singapura.
"Di mana sewa kedai atau kilang dan pembayaran bon, sebab banyak syarikat pinjam bukan sahaja daripada bank tetapi swasta. Seharusnya ada moratorium di mana pembayaran ini dilanjutkan, di mana enam bulan ini ada morotarium, mereka tidak perlu membayar, tetapi selepas enam bulan boleh bayar bayaran kos tersebut.
"Kita perlu lanjutan untuk membantu peniaga PKS dan SME," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara pengumuman yang dilakukan untuk membantu syarikat-syarikat, adalah antara lainnya - subsidi gaji, penangguhan moratorium, serta pemberian dana pinjaman oleh institusi tertentu.
Muhyiddin turut memaklumkan, mana-mana majikan yang memilih untuk menerima bantuan kerajaan diwajibkan mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya selama enam bulan.
#bank
#Chris Daniel Wong
#COVID-19
#MCA
#Muhyiddin Yassin
#Naib Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan
#PKS
#United Kingdom