'Kerajaan perlu kaji semula polisi lesen penerbangan' - Masidi
Nizam Bakeri
Februari 9, 2016 21:34 MYT
Februari 9, 2016 21:34 MYT
MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam akaun Twitternya hari ini menyatakan kerajaan perlu mengkaji semula polisi lesen penerbangan untuk melindungi kepentingan penumpang pengangkutan udara.
Tweet tersebut dikirim sebagai balasan kepada tweet Astro AWANI mengenai respon netizen terhadap insiden 20 penumpang Rayani Air yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, hari ini.
Masidi bagaimanapun menyatakan penerbangan Rayani Air yang dibatalkan tidak mampu dielakkan kerana syarikat penerbangan tersebut hanya mempunyai dua pesawat.