Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar

Abd Razak Mohd Ali
Disember 20, 2024 18:00 MYT
Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam di Ipoh. - Gambar/ Bernama
IPOH: Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga mesti memastikan tidak berlaku ketirisan kerana ia melibatkan wang rakyat.
Beliau memberi contoh kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2025, melibatkan peruntukan tambahan RM10 bilion.
“Nak cari mana? Itu sebab kita kena jaga, cermat, wang ini wang rakyat, wang negara, jangan bagi orang curi, jangan ada amalan-amalan ambil komisyen.
“Ambil rasuah, beli harta di London, beli harta di Vancouver, beli harta di New York.
“Bila balik dia bercakap soal perjuangan, kita kena belajar dari pengalaman itu,” katanya ketika berucap dalam program Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam Chemor, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Penaung Pusat Pengajian At-Taiyibin, Datuk Fadzilah Kamsah.
Perdana Menteri berkata, sekiranya segala kesilapan terdahulu dapat diperbetulkan, negara akan maju dan rezeki mencurah-curah.
Dalam pada itu, beliau meminta umat Islam supaya tidak mengharapkan peruntukan kerajaan bagi membina masjid atau pusat pengajian.
Sebaliknya, kata beliau, mereka juga perlu terlibat dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan, walaupun seringgit
#Anwar Ibrahim #berjimat-cermat #Kerajaan Madani #Perdana Menteri
;