ARAU: Kerajaan sedang membuat perincian terhadap kampus institut pendidikan tinggi awam (IPTA) di seluruh negara yang sudah lama usianya untuk pelaksanaan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana dalam sesi lawatan beliau ke kampus universiti serta politeknik tertentu mendapati ia perlu dibaik pulih dan diselenggara sebaik mungkin.
"Saya tak ada jumlah (spesifik kampus yang perlu diselenggara dan dibaik pulih setakat ini) sebab ia masih dalam proses perincian. Tetapi kawasan yang saya lawat ini, saya dapati ada (yang perlu diselenggara dan dibaik pulih).
"Tadi sebagai contoh, saya pergi ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (di Arau), saya lihat perlu sedikit sebanyak baik pulih kerana ia sudah berusia lebih 20 tahun, umpamanya cat dan beberapa benda kita akan ambil tindakan segera," katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Ramadan KPT@UniMAP di sini semalam.
Bersempena majlis berkenaan itu, Zambry turut meluncurkan secara rasmi inisiatif Kad MySiswa yang dulunya dikenali sebagai Kad Prihatin Siswa.
Mengenai Kad MySiswa itu, beliau berkata hampir 550,000 pelajar universiti awam di seluruh negara mendapat manfaat penggunaan kad itu sejak dilaksanakan Mac tahun lepas.
Menurutnya peluncuran kad itu turut menepati matlamat KPT untuk memperkasakan dan memartabatkan pelajar universiti menerusi transformasi kad matrik sedia ada menjadi sekeping kad pintar pelbagai fungsi.
"Antara kelebihan kad ini ia boleh menjadi kad debit bank, kad akses kepada kemudahan dan fungsi dalaman kampus yang bersepadu seperti sistem kehadiran, sistem perpustakaan malah ia turut dilengkapi dengan kemudahan e-dompet.
"Selain itu, Kad MySiswa akan berfungsi sebagai kad promosi dan diskaun yang melayakkan pemegangnya menikmati pelbagai tawaran istimewa, potongan harga serta rebat sama ada di dalam mahu pun di luar kampus," katanya.
Kenyataan media daripada KPT sempena majlis itu memaklumkan Kad MySiswa merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad selaku rakan strategik pelaksana.
Ia sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Zambry melancarkan Kad MySiswa pada program Semarak Ramadan KPT@UniMAP di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di Arau, 23 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia untuk ekonomi mampan
Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan Malaysia terhadap pembangunan belia, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.
Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.
Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.
TVET tinggi dikendali KPT, TVET asas dikendali agensi bawah KESUMA - Zambry
Bagi mengukuhkan lagi usaha pemerkasaan TVET Ahmad Zahid telah mengarahkan agar TVET aras tinggi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.