IPOH: Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta Kerajaan Negeri Perak mewartakan semula Hutan Simpan (HS) Kenderong Mukim Kerunai di Gerik sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan pengelasan sebagai hutan tadahan air.
Presidennya R. Meenakshi berkata, pihaknya berasa amat kecewa kerana hutan semula jadi yang memberi perkhidmatan ekologi penting bakal menjadi mangsa projek perlombongan sehingga memusnahkan alam sekeliling.
Beliau berkata baru-baru ini, sebuah syarikat perlombongan tempatan telah mencadangkan satu projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di dalam kawasan HS Kenderong di Mukim Kerunai dengan kawasan hutan seluas 245 hektar telah dinyahwartakan dari hutan simpan itu untuk tujuan operasi pembalakan dan perlombongan.
"Pembersihan hutan yang dinyatakan dalam Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebagai pembalakan seluas 245 hektar akan membawa bencana. Ditambah dengan kegiatan perlombongan yang mempunyai potensi untuk mencemarkan sumber air tempatan, projek ini mengundang musibah.
"Selain itu, tapak yang dicadangkan adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap Satu iaitu sebarang pemajuan, pertanian atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan pendidikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Meenakshi berkata, tapak yang telah dicadangkan itu terletak di dalam kawasan wilayah Rangkaian Utama-8 dalam Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang dilaporkan bahawa kawasan ini adalah kawasan habitat spesies hidupan liar yang terancam dan hampir pupus seperti gajah, harimau, tapir dan beruang matahari.
"Rangkaian Utama dalam kawasan CFS adalah koridor semula jadi yang amat penting bagi mamalia bersaiz besar, membolehkan mereka bergerak dari suatu kompleks hutan utama ke habitat lain untuk mencari makanan.
"Cadangan projek perlombongan di situ akan memburukkan lagi konflik antara manusia dengan hidupan liar yang semakin menjadi-jadi di Malaysia," katanya.
Meenakshi berkata terdapat beberapa loji rawatan air di sepanjang Sungai Perak dan loji Air Ganda paling hampir dengan tapak projek cadangan itu terpaksa ditutup pada tahun berkenaan selepas penduduk tempatan yang kebanyakannya Orang Asli mengalami penyakit kulit serius.
Menurutnya, siasatan pihak berkuasa mengesan arsenik dalam anak sungai berhampiran akibat aktiviti syarikat perlombongan berlesen di lokasi sama dengan tapak projek dicadangkan.
"Tidak kira apa jenis pelan mitigasi dan pemulihan disyorkan penggerak projek, menjalankan pembalakan serta perlombongan dalam kawasan sensitif akan memudaratkan kualiti alam sekeliling sehingga tahap sebarang pelan mitigasi atau pemulihan akan menjadi tidak berguna.
"SAM membantah cadangan projek di Hutan Simpan Kenderong kerana sebarang cadangan projek yang tidak mampan akan memusnahkan alam sekitar, menjejaskan sumber air, kehidupan dan mata pencarian masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
![Kerajaan Perak perlu warta semula Hutan Simpan Kenderong di Gerik Kerajaan Perak perlu warta semula Hutan Simpan Kenderong di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61612008048_hutanforestcredi.jpg)
Presiden SAM R. Meenakshi berkata, hutan semula jadi yang memberi perkhidmatan ekologi penting bakal menjadi mangsa projek perlombongan sehingga memusnahkan alam sekeliling. - Gambar hiasan
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594831120_LOMBONGBIJIHHARAM.jpg)
Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak
Hasil pemeriksaan, dua pelombong ditahan dan enam motosikal serta peralatan perlombongan dan khemah disita.