MANJUNG:Kerajaan Perak mengakui sebanyak enam kuari beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang di sini dengan semua pengusaha projek itu dikesan melanggar syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata secara keseluruhan pihaknya mengesan 52 kesalahan pelanggaran syarat dilakukan enam kuari itu serta tiga lagi kuari di kawasan persendirian di daerah ini.
Beliau berkata, dua daripada kuari itu telah diperintah menghentikan operasi dengan pihaknya mengeluarkan 42 kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.
Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan turut dibuka di samping beberapa tindakan penguatkuasaan lain.
"Op Gempur Kuari ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan memberi mesej kepada semua pihak bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi-agensi berkaitan serius dan komited dalam mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah alam sekitar.
"Kita juga mahu memastikan pihak pemaju menjalankan operasi dan kerja-kerja tanah mengikut kehendak perundangan yang telah ditetapkan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkenaan," katanya.
BACA: Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
BACA: Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Op Gempur Kuari di Dewan Orang Ramai Sungai Batu, Pantai Remis, pada Rabu.
Hadir sama Pengarah JAS Perak, Rosli Zul serta Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil.
Mengulas lanjut, Mohd Akmal berkata antara kesalahan yang dikesan dilakukan pengusaha kuari ialah gagal menyediakan kawalan hakisan dan kelodak yang berkesan selain gagal menyediakan sistem tertutup pemindahan batuan.
Katanya, berikutan itu JAS akan terus memantau dengan lebih ketat bagi memastikan kuari-kuari berkenaan mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan.
Beliau berkata, hampir kesemua projek kuari itu termasuk di HSK Segari Melintang mempunyai kebenaran untuk beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu dan mempunyai kelulusan EIA.
Baru-baru ini media melaporkan dua kuari yang beroperasi di HSK Segari Melintang telah menyebabkan berlaku kerosakan alam sekitar.
Sementara itu, difahamkan HSK di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri mempunyai dua kategori iaitu hutan hutan perlindungan dan hutan pengeluaran.
Hutan perlindungan diwartakan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya daripada sebarang aktiviti manusia manakala hutan pengeluaran pula dibenarkan aktiviti pengeluaran hasil dengan permit.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 03 2021
![Kerajaan Perak akui 6 kuari dibenar beroperasi di Hutan Simpan Kekal Segari Melintang Kerajaan Perak akui 6 kuari dibenar beroperasi di Hutan Simpan Kekal Segari Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612355711_ManjungPerak.jpg)
Antara kuari yang ditinjau dalam Op Gempur Kuari di Manjung, Perak hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer' Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737779419_TBmaut.jpg)
Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'
Polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
![Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023 Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733820189_TBTERTIMBUS.jpg)
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
![Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729239984_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
![Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694057324_TBruntuhanbatu.jpg)
Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.
![Jengkaut terbalik, dua pekerja warga Bangladesh maut Jengkaut terbalik, dua pekerja warga Bangladesh maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680730958_TBjengkautterbalik.jpg)
Jengkaut terbalik, dua pekerja warga Bangladesh maut
Kedua-dua lelaki yang berumur antara 30 dan 40-an itu disahkan maut di lokasi kejadian.
![Tiada lesen, kelulusan baharu dikeluarkan untuk aktiviti kuari di Hutan Simpan Gunung Raya Tiada lesen, kelulusan baharu dikeluarkan untuk aktiviti kuari di Hutan Simpan Gunung Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655214846_TBSANUSIjpg.jpg)
Tiada lesen, kelulusan baharu dikeluarkan untuk aktiviti kuari di Hutan Simpan Gunung Raya
Kerajaan negeri Kedah hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang lesen atau kelulusan baharu untuk aktiviti pengkuarian, pengeluaran pasir darat dan pembalakan di Hutan Simpan Gunung Raya (HSGR).
![Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647664421_TBKUARI.jpg)
Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.
![Runtuhan batu kuari: Masih berlaku pergerakan tanah, runtuhan kecil Runtuhan batu kuari: Masih berlaku pergerakan tanah, runtuhan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646800951_TBJENGKAUT.jpg)
Runtuhan batu kuari: Masih berlaku pergerakan tanah, runtuhan kecil
Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, dihentikan sementara.
![Runtuhan batu kuari: Bomba pasang alat mengesan pergerakan tanah Runtuhan batu kuari: Bomba pasang alat mengesan pergerakan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646812264_TBKUARI.jpg)
Runtuhan batu kuari: Bomba pasang alat mengesan pergerakan tanah
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.
![JAS P. Pinang arah kuari henti operasi serta-merta, pemaju, kontraktor akan didakwa JAS P. Pinang arah kuari henti operasi serta-merta, pemaju, kontraktor akan didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645353464_TBKUARI.jpg)
JAS P. Pinang arah kuari henti operasi serta-merta, pemaju, kontraktor akan didakwa
Arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan mendapati pemaju melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.