SUNGAI PETANI: Kerajaan akan memastikan sebarang bentuk tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Telegram tidak terlalu menjejaskan pengguna platform tersebut.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk penghantaran video dan imej.
Beliau berkata setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneliti tindakan ke atas Telegram yang sehingga kini pengurusannya masih tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kandungan dan salah guna aplikasi itu.
"Kita akan pastikan sekiranya diputuskan bahawa kerjasama di pihak Telegram tidak begitu positif, maka apa-apa tindakan yang diambil tidak terlalu menjejaskan pengguna.
"Kita beri sedikit masa (kepada pengguna) supaya sekiranya perlu ada peralihan mencari medium platform yang baharu, kita akan maklumkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan sebarang tindakan ke atas platform itu masih dalam penelitian MCMC, dengan suruhanjaya itu akan membuat syor kepada kerajaan yang akan membuat keputusan.
"Kita jangka mungkin tidak terlalu lama dari sekarang, pihak kerajaan akan buat keputusan.
"Kita belum secara terperinci meneliti syor daripada MCMC, tapi insya-Allah dalam masa yang tidak terlalu lama dari sekarang," katanya.
Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung kandungan dan salah guna aplikasi tersebut yang membimbangkan termasuk penjualan bahan pornografi, dadah dan aktiviti penipuan pelaburan yang sepatutnya dikekang, namun sehingga kini dilihat seperti tidak ada tindakan daripada pihak Telegram.
"Kalau dibandingkan dengan platform lain, mereka memberi kerjasama apabila dijemput hadir untuk bermesyuarat, tidak menjadi masalah, tapi kita lihat pihak Telegram setakat ini belum memberi kerjasama kepada pihak MCMC sebagai badan kawal selia," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Telegram yang dilaporkan tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan kepada MCMC untuk berhubung dengan pengurusan platform itu atau mengeluarkan kenyataan balas.
"Bagi saya sebagai anggota pentadbiran (kerajaan) saya melihat keseluruhan dari segi undang-undang dan dasar, sebagai sebuah negara yang berdaulat yang ada kuasa dan hak untuk memutuskan dasar dalam negara, saya percaya undang-undang dalam negara kita mesti dihormati," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata kementeriannya dalam proses perancangan untuk membina 186 PEDi baharu bagi memastikan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri memiliki sekurang-kurangnya sebuah PEDi untuk dimanfaatkan komuniti setempat.
"Jadi kita jangka makan masa lebih kurang 12 ke 18 bulan untuk membina semua PEDi ini kerana melibatkan dari segi tender dan kontrak, dan ini diusahakan oleh syarikat telekomunikasi melalui kerjasama dengan MCMC," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
Fahmi ketika merasmikan program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda hari ini. -Bernama
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Genap dua tahun pimpin kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 Nov ini.
Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi
Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan.
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan