BATU PAHAT:Kementerian Pertanian dan Industri Makanan komited untuk memastikan bekalan kelapa di negara ini mencukupi manakala kelapa yang diimport selamat daripada penyakit dan serangga perosak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata untuk tujuan itu sebanyak 38 syarikat sahaja dibenarkan untuk mengimport kelapa dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) pula diminta mengambil langkah proaktif di pintu masuk utama di Pelabuhan Batu Pahat, Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor.
"Bagi pintu masuk di Batu Pahat ini jumlah kelapa melebihi separuh daripada jumlah keseluruhannya (jumlah import) dengan sekitar 200,000 kilogram (kg) atau kira-kira 140,000 biji kelapa bagi sesebuah kapal.
"Dianggarkan setiap hari sebanyak 18 kapal akan tiba dari Indonesia dan kami periksa kualiti, termasuk penyakit serta serangan serangga perosak," katanya pada sidang media selepas lawatan Tapak Pemeriksaan MAQIS, Jeti Right Base di Pelabuhan Batu Pahat semalam.
Ahmad berkata pengimportan kelapa dari negara jiran dijangka bertambah pada tahun depan berdasarkan permintaan namun kementerian akan terus mengawal bagi memastikan kemasukan kelapa itu tidak mengganggu jualan kelapa tempatan.
"Mengikut statistik MAQIS pada tahun lepas, sebanyak 230 juta kilogram kelapa dibawa masuk dan 8 juta kilogram isi kelapa diimport melalui Batu Pahat manakala pada tahun ini (sehingga Nov 2020) sebanyak 262 juta kilogram kelapa telah diimport dan 7.7 juta kilogram lagi bagi isi kelapa.
"Sepanjang tempoh PKP, pihak MAQIS juga menjalankan tanggungjawab di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang diimport dan dieksport mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020
![Kerajaan pastikan bekalan kelapa dalam negara mencukupi Kerajaan pastikan bekalan kelapa dalam negara mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608808622_AhmadHamzahBatuP.jpg)
Ahmad (kanan) mendengar penerangan mengenai kelapa yang dibawa masuk ke negara ini melalui Jeti Right Base, di Pelabuhan Batu Pahat, 24 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Perkembangan terkini nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong.
Keadaan terkini di lokasi kejadian insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong.
Difahamkan, nahas yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Seorang individu warga Indonesia juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden berkenaan akibat terkena bilah kipas.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
#AWANInews
Difahamkan, nahas yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Seorang individu warga Indonesia juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden berkenaan akibat terkena bilah kipas.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
#AWANInews
![Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam
Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau April ini.
![Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824732_TBzafrul.jpg)
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter, seorang maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824456_ZalihaMustafa.jpg)
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
![KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
![JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738720814_CoconutTrading.jpg)
Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.
![500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM 500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736992402_kelapaimportkpkm.jpg)
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
![FAMA tingkat import kelapa dari Indonesia pastikan bekalan domestik mencukupi FAMA tingkat import kelapa dari Indonesia pastikan bekalan domestik mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735053397_kelapanyokcoconut.jpg)
FAMA tingkat import kelapa dari Indonesia pastikan bekalan domestik mencukupi
Susulan penurunan bekalan kelapa tempatan sehingga 50 peratus di beberapa pasar utama termasuk Lembah Klang akibat faktor cuaca tidak menentu.
![Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733535906_kelapa.jpg)
Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.
![Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
![Harga santan cecah RM16 sekilogram Harga santan cecah RM16 sekilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732237253_santan.jpg)
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
![Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728810685_kgkelapapo.jpg)
Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran
Hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.
![Kerajaan akan pertimbang cadangan kelapa dijadikan komoditi negara - Fadillah Kerajaan akan pertimbang cadangan kelapa dijadikan komoditi negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664007053_Pemborongkelapa.jpg)
Kerajaan akan pertimbang cadangan kelapa dijadikan komoditi negara - Fadillah
Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi negara.
![MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668159521_kelapanyokcoconut.jpg)
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
![Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667817759_MAFI.jpg)
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).