Kerajaan optimis capai sasaran 3.5 juta pekerja mahir pada 2015

Bernama
Mac 28, 2014 08:00 MYT
Kerajaan optimis akan mencapai sasaran menghasilkan 3.5 juta pekerja mahir dalam pelbagai sektor menjelang 2015, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutallib.
Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai kerana pelbagai inisiatif serta mekanisme diwujud bagi menarik lebih ramai pelajar mengikuti aliran teknik dan vokasional.
Ismail bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak UPUKemahiran dan Bank Simpanan Nasional di sini pada hari Khamis.
Di bawah MoU itu, pihak UPUKemahiran yang membangunkan laman sesawang www.UPUKemahiran.com bagi membantu pelajar dari seluruh negara mendaftar kursus
di kolej kemahiran awam dan swasta, bekerjasama dengan BSN yang memberi perkhidmatan pembelian akses pin bagi pendaftaran itu.
Ismail juga berkata kerjasama itu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mendaftar serta mengikuti kursus kemahiran vokasional dan teknikal.
#2015 #capai #Ismail Abd Mutallib #kerajaan #Optimis #pekerja mahir #pelbagai sektor #sasaran
;