Kerajaan nyata pendirian tidak akan meratifikasikan ICERD

Astro Awani
November 23, 2018 07:29 MYT
Kerajaan PH di bawah pucuk pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan pendirian tidak akan meratifikasikan ICERD. -Gambar fail
Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD). 

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya pada Jumaat berkata kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini," menurut kenyataan itu.
Cadangan meratifikasikan ICERD sebelum ini membangkitkan bantahan banyak pihak yang menyifatkan ia tidak sealiran dengan Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Cara ketepikan ICERD dengan bijaksana - Anwar
BACA: Bantahan hanya akan ganggu proses konsultasi - Timbalan Speaker
BACA: ICERD agenda Freemason untuk hancurkan negara - Hadi
BACA: Tarik balik kenyataan, minta maaf, kalau tidak... - Guan Eng
#diskriminasi kaum #ICERD #kerajaan #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Perlembagaan Persekutuan #Putrajaya #ratifikasi #tolak