Kerajaan negeri Johor sambut baik pertukaran
Astro Awani
November 23, 2013 17:16 MYT
November 23, 2013 17:16 MYT
Kerajaan negeri menyambut baik pertukaran cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun hadapan.
Selain Johor, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu turut melaksanakan perkara sama.
Menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, pertukaran cuti itu tidak memberi kesan yang besar dengan adanya teknologi yang maju kini
Katanya rakyat tidak perlu bimbang kerana agensi dan sekolah kerajaan sahaja yang terlibat.
Manakala bagi agensi swasta ia terpulang kepada mereka sama ada untuk turut serta menukar cuti kepada Jumaat atau sebaliknya.
Jelas Datuk Seri Mohammed Khaled, pertukaran itu juga memudahkan agensi swasta untuk berurusan dengan pihak kerajaan.
“Dalam keadaan kepesatan teknologi dan sebagainya mungkin ia tidak akan memberi kesan yang besar, lagipun hari Sabtu dan Jumaat sebagai cuti dan Ahad bekerja memberi peluang kepada mereka yang berada di sektor swasta untuk berurusan dengan kerajaan.”
Beliau berkata demikian selepas menerima Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota (SPMJ) sempena Hari Keputeraan Sultan Johor kali ke 55 yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar, Johor.