Kerajaan negeri dijangka ambil alih Syabas
Astro Awani
Februari 13, 2013 19:57 MYT
Februari 13, 2013 19:57 MYT
Kerajaan negeri Selangor dijangka menghantar surat tawaran pengambil alihan kepada syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu minggu depan.
Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan harga tawaran pengambil alihan berkenaan kerana ia akan memberi kesan kepada harga saham di Bursa Malaysia.
Khalid berharap syarikat-syarikat pemegang konsesi itu tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran itu.
Beliau juga mahu kerajaan persekutuan campur tangan dalam pengambilan alihan itu kerana ia bukan pengambilalihan komersial terutama, melibatkan syarikat bekalan air selangor, Syabas.
Januari lalu, Menteri Tenaga, Air dan Teknologi hijau, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kerajaan persekutuan tidak pernah menghalang kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas.
Kerajaan negeri memiliki 30 peratus kepentingan dalam Syabas manakala Puncak Niaga Holdings Berhad 70 peratus, dan kerajaan persekutuan satu saham emas bagi tujuan pemantauan.