KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta penjelasan daripada pihak Google berhubung data tidak tepat kadar pertukaran ringgit berbanding AS$1 mencecah RM4.98 yang diterbitkan enjin carian itu semalam memandangkan kesilapan seperti itu bukan kali pertama berlaku.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu.
Katanya paparan data tidak tepat yang tular di media sosial itu adalah satu petanda tidak baik yang menimbulkan kegusaran dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kita tahu dan faham Google menjadi salah satu rujukan bagi rakyat Malaysia, maka kita harap penjelasan itu dapat disampaikan juga kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Fahmi berkata ketika kerajaan sedang berusaha memacu pertumbuhan semula ekonomi negara dengan keyakinan yang ditunjukkan kepada pelabur, maka perkara asas seperti itu tidak seharusnya berlaku.
"Ia seharusnya tidak berlaku, ia tidak boleh berlaku, dan kita tidak akan benarkan ia berulang," tegas Fahmi.
Beliau turut berterima kasih kepada BNM atas penjelasan pantas yang diberikan berhubung data tidak tepat itu hari ini.
BNM dalam kenyataannya hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran US$/MYR yang diterbitkan oleh Google.
Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran US$/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.
BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran US$/MYR yang tidak tepat tahun ini.
Bank pusat telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Feb, 2024, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Gemini kelak boleh kesan acara dalam Gmail untuk ditambah ke Google Calendar
Gemini mengesan butiran acara dalam emel dan memberi pengesahan apabila acara ditambah.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.

Mahkamah Moscow akan dengar rayuan Google terhadap denda AS$89.5 juta
Denda dikeluarkan selepas Google gagal bayar penalti 2 bilion rubel yang dikenakan FAS Rusia atas pelanggaran undang-undang antimonopoli Rusia.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.