Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberikan tumpuan berhubung satu laporan kajian mengenai rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pimpinan PH.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan mengambil maklum atas keluhan itu serta mencari pendekatan untuk mengatasinya.
“Saya pun ada baca tentang survey ini dan saya mengambil maklum. Kita mesti mendengar rintihan dan pandangan rakyat dan apa yang boleh kita buat untuk mengatasinya.
“Saya ambil perhatian sebab majoriti rakyat di Malaysia adalah Melayu. Sebagai kerajaan baharu selepas 60 tahun, kita masih belum mendapat peluang situasi sebenar semasa menjadi pembangkang.
“Tetapi kini sebagai kerajaan baharu, kita perlu memberikan tumpuan dan keseimbangan. Apa yang negara perlu, apa yang perlu dibuat, soal ekonomi dan stabiliti,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas mengedarkan buah limau Mandarin di Pasar Pandan Perdana dan Pasar Taman Muda sempena Tahun Baru Cina 2019 Parlimen Pandan.
Ia bagi mengulas kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.
Kaji selidik itu dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Oktober sehingga 24 Disember 2018.
Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berkata, kerajaan PH akan mengurangkan lantikan politik bagi jawatan tertentu.
“Lantikan ini memang kita kurangkan. Ia adalah salah satu daripada peringatan yang diberikan kepada kami semua.
“Tetapi yang sesetengah lantikan itu mungkin atas dasar kelayakan, sebab tidak memegang jawatan tinggi dalam parti politik,” katanya.
Sahlizah Mohamed
Fri Feb 01 2019
![Kerajaan maklum, akan beri tumpuan hasil kajian sentimen orang Melayu - TPM Kerajaan maklum, akan beri tumpuan hasil kajian sentimen orang Melayu - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71548999016_limau.jpg)
Wan Azizah memberi limau Mandarin kepada orang ramai semasa mengunjungi Pasar Pandan Perdana pada majlis pengedaran buah limau Mandarin Tahun Baru Cina Parlimen Pandan. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522714601_MusaHassan.jpg)
Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan
Pelaksanaan IPCMC dilihat sebagai cubaan untuk mengambil kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).