Kerajaan Madani komited kurangkan jejak karbon, galak amalan mampan - PM Anwar

Bernama
Jun 23, 2024 05:45 MYT
Anwar berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.
"Susulan itu, kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan," kata beliau menerusi catatan di X pada Ahad.

We have implemented multifaceted policies aimed at reducing carbon emissions, promoting social equity, creating new growth opportunities in the green economy, and ensuring transparent governance. To this effect, we have allocated substantial funds towards renewable energy, pic.twitter.com/egqZskhHkS

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Embracing ESG practices goes beyond regulatory compliance; it calls for a fundamental shift in mindset towards environmental stewardship, social responsibility, and governance excellence. As such, I urge all stakeholdersbusinesses, civil society, and individualsto actively pic.twitter.com/S3pRmGCIfG

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengenai pertanian mampan, Anwar berkata negara menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.
Beliau berkata tambahan pula, Malaysia sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.
"Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Kerajaan Madani