Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar

Afiezy Azaman
Julai 7, 2024 08:30 MYT
Anwar berkata kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
"Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara.
"Dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Gabungan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang telah berlangsung dengan lancar dan aman. Selaku Perdana Menteri, saya dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap yang pic.twitter.com/Qsh8jYtzbp

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada PRK itu, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan Joohari Ariffin.
PRK Dun Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
#PRK Sungai Bakap #Anwar Ibrahim #Kerajaan Madani #suara rakyat
;