Kerajaan luluskan RM5 juta untuk GAPENA
Hilal Azmi
April 17, 2016 17:53 MYT
April 17, 2016 17:53 MYT
Kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta untuk Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) untuk menggalakkan bidang penulisan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan jumlah tersebut dalam ucapannya sempena Majlis Sepetang Penulis Bersama-sama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Peruntukan ini untuk meneruskan program bahasa dan kesusasteraan di bawah naungan GAPENA.
"Saya merasakan penulis-penulis merupakan pelukis nota kepada masa lalu dan relevan dengan waktu kini serta akan datang," katanya semasa berucap merasmikan Rumah GAPENA selain melancarkan sembilan buah buku terbitan GAPENA.
Sembilan buku itu adalah GAPENA Merentas Dunia Melayu, Ismail Hussein- Gelombang Jati Diri Melayu, Dunia Melayu Dalam Pertembungan dan Survival, Lagu Kalbu dan Mencari Tuah Diri.
Buku lain adalah Meniti Hidup , Hati Yang Simpati , Nano Dalam Konteks Sains Te knologi dan Budi serta Himpunan Karya Nano Dalam Konteks Sains Teknologi dan Budi.