Kerajaan lulus pelantikan dua Felo Fatwa atas talian

Astro Awani
Oktober 9, 2013 06:39 MYT
Kerajaan meluluskan pelantikan dua Felo Fatwa yang akan menjawab sebarang persoalan berkaitan hukum secara atas talian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, orang ramai termasuk bukan Islam yang mempunyai keraguan boleh berinteraksi secara langsung dengan dua felo berkenaan dalam tempoh 24 jam melalui Facebook dan laman sesawang.
Pelantikan tersebut memudahkan orang ramai untuk mendapat jawapan tepat bagi setiap persoalan yang timbul.
Majlis Fatwa dan JAKIM akan turut bergabung dengan pakar-pakar IT dalam usaha menjawab soalan-soalan semasa yang diutarakan secara langsung dalam talian.
Satu jadual khas akan disediakan untuk bersemuka dengan dua felo berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai tadbir agama daerah seluruh negara dan penyerahan surat lantikan Felo Fatwa pagi tadi.
Felo berkenaan ialah Lukmanulhakim Husin dan Dr Mohd Farid Mohd Shahran.
#Datuk Seri Jamil Khir Baharom #Dr Mohd Farid Mohd Shahran #Facebook #Felo Fatwa #Jabatan Perdana Menteri #JAKIM #Lukmanulhakim Husin #Majlis Fatwa