Kerajaan lantik tiga lagi anggotai EAIC

Astro Awani
November 3, 2020 16:01 MYT
Pelantikan ini melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada yang diterajui oleh Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan sebagai pengerusi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju melantik tiga anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tiga individu yang dilantik itu adalah Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.
Pelantikan Mahmood, Aziah dan Alizatul ini untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 1 November lalu.
"Barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini pasti akan terus memacu matlamat dan komitmen EAIC memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan," kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Pelantikan ini melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada yang diterajui oleh Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan sebagai pengerusi.
Manakala Tan Sri Zainun Ali bertindak sebagai timbalan pengerusi dan dua anggota sedia ada iaitu Datuk John Louis O’hara serta Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
#Mahmood Adam #Aziah Ali #Alizatul Khair Osman Khairuddin #Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan #EAIC
;