Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF

Bernama
Jun 2, 2023 05:23 MYT
PKS akan dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela (PKS) sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan hasil negara.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam berkata PKS memberi peluang kepada orang ramai untuk secara sukarela membayar cukai yang bertanggungan tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.
"Ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024," kata kementerian itu.
Butiran lanjut dan terperinci mengenai pelaksanaan PKS boleh didapati melalui laman sesawang rasmi JKDM dan LHDNM.
-- BERNAMA
#program pengakuan sukarela #MOF #pembayar cukai #Kementerian Kewangan
;