Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi

Astro Awani
Januari 30, 2021 18:56 MYT
Dr Rosalam Sarbatly berkata, penilaian awal adalah amat penting bagi menilai bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk terjamin. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan perlu melakukan penilaian ke atas setiap bekalan air atau perigi di setiap kampung bagi memastikan kandungan mineralnya selamat untuk digunakan.
Pakar Kejuruteraan Kimia dan Kelestarian Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Rosalam Sarbatly berkata, dari situ kerajaan negeri berkemungkinan akan mendapat indikasi sama ada perlu mencari sumber baharu atau sebaliknya.
"Penilaian awal adalah amat penting bagi menilai bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk terjamin.
"Pada masa yang sama bekalan air dapat dibekalkan sebelum sistem paip siap pada 2030," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Isu Air Kelantan | Isu air terawat di Kelantan, apa solusinya?
Mengulas lanjut, Rosalam memberitahu, sistem paip sepanjang tiga hingga empat kilometer berkemungkinan boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Namun demikian katanya, ia memerlukan peruntukany ang besar pada setiap tahun bagi memastikan kerja-kerja pemasangan paip dan penambahbaikan sistem pengagihan dilakukan dengan baik.
Sebelum ini, media melaporkan, keupayaan bekalan air yang disediakan kerajaan Kelantan sehingga kini dilihat belum cukup meyakinkan kerana sering kali terganggu dengan pelbagai masalah.
#perigi #air bersih #Air Kelantan Sdn Bhd #pemasangan paip #peruntukan besar
;