Kerajaan Kelantan berselindung disebalik nama Islam - Perkasa
Astro Awani
Februari 7, 2017 15:10 MYT
Februari 7, 2017 15:10 MYT
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar sikap kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang disifatkan angkuh dan bongkak dalam isu pembalakan di negeri itu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pimpinan kerajaan Kelantan berselindung disebalik nama Islam semata-mata dalam hal orang Asli dan pembalakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
"Kerakusan yg berlaku atas nama Kerajaan Islam amat memalukan dan mendukacitakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan itu, Perkasa akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri Kelantan untuk memperjuangkan hak orang Asli dari dizalimi dan kempen menyelamatkan alam sekitar dari kerakusan pembalakan.
"Alam indah ciptaan Allah musnah oleh kepimpinan yang hanya pandai retorik," katanya lagi.
Ibrahim bersama beberapa pimpinan Perkasa Kelantan hadir memberi sokongan kepada orang Asli yang membuat laporan polis berhubung isu pencerobohan dan pembalakan.