Kerajaan Kedah sedia bantu keluarga Adib - Mukhriz

Harits Asyraf Hasnan
November 30, 2018 10:32 MYT
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika sidang media selepas menziarahi anggota Muhammad Adib Mohd Kassim yang dirawat di Institut Jantung Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan Negeri Kedah sedia memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah susulan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada Selasa lalu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Bakar Din telah menyalurkan sumbangan awal semalam.
“Wakil kerjaaan negeri, Datuk Bakar Din telah menyerahkan bantuan daripada kerajaan negeri kepada keluarga mangsa.
“Tapi selepas ini, apa juga keperluan keluarga akan kami beri perhatian sebaik-baiknya,” ujarnya kepada media selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) di sini petang tadi.
BACA: Gerak bibir, faham arahan, Adib mulai sedar
Menurut Mukhriz, Muhammad Adib dan keluarganya berasal dari Kuala Kedah.
Mengulas lanjut, Mukhriz mengutarakan rasa syukur kerana Muhammad Adib telah menunjukkan reaksi positif selepas menerima rawatan di IJN.
#anggota bomba #Bakar Din #bantuan #IJN #Institut Jantung Negara #Kedah #Kerajaan negeri Kedah #kuil sri maha mariamman #Muhammad Adib Mohd Kassim