Kerajaan Kedah nafi terlibat tebang hutan

Astro Awani
Februari 25, 2013 15:46 MYT
Kerajaan negeri Kedah menafikan terlibat dalam aktiviti penebangan balak yang didakwa berlaku di hutan Wang Perah, Jitra.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan kawasan berkenaan adalah tanah persendirian dan aktiviti penebangan dilakukan oleh pemiliknya.
Beliau menjelaskan pemilik di kawasan itu mahu membangunkan projek pertanian.
Dengan itu, beliau menafikan kerajaan kerajaan negeri terlibat.
Selain itu, beliau menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.
Baru-baru ini Datuk Mohd Johari Baharum, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, melawat kawasan terbabit dan meminta kerajaan negeri lebih efisien dalam menguatkuasakan undang-undang.
#Datuk Seri Azizan Abdul Razak #Kedah #Menteri Besar