Kerajaan kaji cadangan guna surau dirikan solat Jumaat

Afiezy Azaman
Jun 24, 2020 04:13 MYT
Menurut Zulkifli, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali Ke-7 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di surau.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Mentei Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi catatan laman sosial Twitternya, pada Rabu.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali Ke-7 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
“Muzakarah yang dihadiri oleh semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan Ahli-Ahli yang dilantik Majlis Raja-Raja membincangkan berkenaan cadangan kebenaran bagi surau untuk mendirikan solat Jumaat.
“Mengambil kira realiti Malaysia yang mempunyai bilangan surau yang banyak, usul tersebut diutamakan untuk dibawa bagi diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
“Usaha ini diusulkan bagi membolehkan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dalam tempoh ini,” katanya melalui catatannya itu.

Terima kasih atas buah fikiran. Pagi ini para Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan Ahli-Ahli Yg Dilantik Majlis Raja-Raja sedang berbincang berhubung kebenaran bagi surau biasa utk menunaikan solat Jumaat. https://t.co/QXXesri1T8 https://t.co/J43BEsmZii

— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) June 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata kerajaan amat prihatin akan kegusaran umat Islam yang ingin kembali menunaikan solat Jumaat dalam tempoh ini.
“Semoga usul ini dapat dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri dengan sebaiknya," ujarnya lagi.
#coronavirus #COVID-19 #Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri #Islam #kerajaan #Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas #Mufti-Mufti #Solat Jumaat #Twitter