JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor sedang mengkaji kadar baharu gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.
"Dari segi penjawat awam untuk negeri Johor, Insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi kita perlu lagi kaji untuk memastikan dari segi kedudukan kewangan kita mencukupi dan memastikan kadarnya dan bila hendak buat (laksana).
"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, Insya-Allah pada akhir tahun ini. Berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya, di sini malam tadi.
Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Onn Hafiz berkata penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Penduduk minta selamatkan tanah tapak pesta
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan
Anwar berterima kasih dengan keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.
Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs
Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai penjawat awam menjadi golongan miskin bandar dan Cuepacs gesa tarif gaji dinaikkan dalam masa terdekat.