ARAU:Kerajaan menjangkakan peningkatan bilangan kes harian COVID-19 lebih tinggi dalam masa terdekat berikutan langkah saringan wajib bagi pekerja asing.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ujian saringan masih dijalankan terhadap kira-kira 888,000 pekerja asing yang bekerja di enam negeri.
Katanya negeri terbabit ialah Kuala Lumpur, Labuan, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Sabah.
Beliau berkata, keadaan itu juga menjelaskan punca peningkatan kes agak tinggi terutama membabitkan semua negeri terbabit sejak beberapa hari lalu.
"Saya dah umumkan bahawa kita akan membuat saringan wajib kepada semua pekerja warga asing di kilang... di industri-industri... jadi apabila kita buat (saringan) sudah tentu akan ada result (keputusannya), jadi result dah keluar (beberapa hari sebelum) ini.
"Kita boleh jangkakan result yang tinggi mungkin akan berterusan sebab ada 1.7 juta pekerja asing di seluruh negara kita... dan kita mulakan di enam negeri.
"Pekerja asing di enam negeri itu ada seramai 888,000 orang. Bayangkan, daripada 888,000 orang ini, kalau lima peratus didapati positif, sudah berapa ramai bilangannya.
"Saya nak tekankan di sini, selagi ia tidak merebak di dalam komuniti, maka kita anggap ia masih boleh dikawal kerana hanya melibatkan pekerja-pekerja asing sahaja," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian selepas menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada Sabtu.
Pada Jumaat, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,810 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini melebihi 80,000 kes iaitu sebanyak 80,309 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
Sementara itu pada Khamis, 2,234 kes positif dicatatkan dengan Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu sebanyak 1,428 kes (63.9 peratus).
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,321 kes (93.2 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat dan kluster-kluster.
Kebanyakan kes-kes positif di negeri Selangor yang dicatatkan pada Khamis adalah melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling dan Kluster Hentian.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak bercadang mengehadkan dan menghalang pergerakan rakyat untuk selama-lamanya.
Katanya, rakyat perlu mematuhi setiap peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Sat Dec 12 2020
Keadaan itu juga menjelaskan punca peningkatan kes agak tinggi terutama membabitkan semua negeri terbabit sejak beberapa hari lalu. -Gambar fail
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).