KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mengenai instrumen baharu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 itu, pendirian Malaysia ketika ini adalah tidak memuktamadkan sebarang keputusan sama ada untuk meraktifikasi atau menolak sebelum 1 Dis ini.
Beliau berkata rundingan bagi penyediaan dokumen Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) WHO CA+ masih diperingkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujukan.
Perjanjian WHO CA+ bermatlamat mencapai kesaksamaan dan keberkesanan lebih besar untuk pencegahan, kesediaan dan tindak balas wabak melalui kerjasama antarabangsa sepenuhnya, bagaimanapun, ia dikhuatiri akan meluaskan kuasa WHO dan mencetuskan peruntukan dalam perjanjian dengan menggalakkan mana-mana kerajaan mengetepikan hak harta intelek mereka.
"Kerajaan Perpaduan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana keputusan (WHO CA+ dan pindaan IHR 2005) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan komited memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab persoalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai pendirian Malaysia untuk meraktifikasi atau menolak WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 sebelum 1 Dis ini.
Dr Zaliha berkata Malaysia juga akan mempertahankan prinsip keadilan dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global iaitu negara-negara maju perlu membantu negara membangun dengan sumber yang mereka ada selain pengagihan sumber yang adil serta saksama.
Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam rundingan itu dipacu dengan matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari bagi memastikan sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global.
Sementara itu, pada sidang media di Bangunan Parlimen, Dr Zaliha berkata dalam proses rundingan WHO CA+, Malaysia telah menghadiri enam daripada 10 sesi dan rundingan ke tujuh akan diadakan pada 6 hingga 10 Nov ini.
"Bagi rundingan pindaan IHR 2005 pula, Malaysia telah menghadiri lima daripada lapan sesi rundingan. Rundingan ini masih diteruskan sehingga selesai pada April depan," katanya.
Dr Zaliha berkata di peringkat Kementerian Kesihatan, pihaknya sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan 12 agensi dan kementerian lain bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+.
Selain itu katanya, dua jawatankuasa turut ditubuhkan bagi meneliti pendirian Malaysia dalam isu itu dan keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha turut mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke hospital berikutan masalah kesihatan.
"Saya hanya boleh sahkan kemasukan beliau di hospital tetapi apa yang berlaku, rawatan, penyakit dan sebagainya, saya tak boleh beritahu kerana confidential (sulit)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, Selasa lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Dr Zaliha berkata, pendirian Malaysia ketika ini adalah tidak memuktamadkan sebarang keputusan sama ada untuk meraktifikasi atau menolak sebelum 1 Dis ini. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Isu Kampung Baru: Sebahagian bayaran pampasan tambahan sudah diserah - Dr Zaliha
Bayaran pampasan tambahan bagi pengambilan tanah daripada 11 pemilik unit flat di Kampung Sungai Baru di Kampung Baru telah diserahkan kepada pemohon.

Hampir RM10 bilion dibelanja bagi penyakit tidak berjangkit - Dr Zaliha
Sejumlah RM9.65 bilion telah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.

Pengurusan tekanan petugas kesihatan sekarang mencukupi - Dr Zaliha
Kaedah pengurusan tekanan dan kesihatan mental sedia ada untuk petugas kesihatan adalah mencukupi namun boleh ditambah baik jika perlu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.