KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengimbangi segala keperluan rakyat selain mengambi kira tahap ekonomi negara sebelum membentangkan Bajet 2022 baru-baru ini.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua pihak seharusnya memahami keperluan rakyat ketika ini yang begitu terbeban sejak pandemik COVID-19 melanda pada tahun lalu.
“Ada yang telahpun kehabisan simpanan dan sebagainya. Sebab itu (bantuan) tunai itu kita berikan kepada mereka untuk membantu mereka meneruskan kehidupan.
“Syarikat-syarikat mikro misalnya terpaksa ditutup... apabila PKP tidak ada sesiapapun dibenarkan berniaga. Mereka hendak memulakan perniagaan sebab itu kita ada berikan pinjaman mikro untuk peniaga mikro, tanpa faedah dengan moratorium setahun," jelasnya kepada media pada Rabu.
Tambah beliau, urusan kewangan negara sedang diuruskan dengan baik oleh Kementerian Kewangan tanpa perlu kebimbangan dengan tahap hutang negara ketika ini.
“Memang benar kita berbelanja besar kerana seperti saya kata, kita nak jaga kebajikan rakyat. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan akan urus akaun dengan baik. Jadi kita akan imbangi," katanya lagi.
Perdana Menteri menjawab soalan ketika ditanya media berkenaan permintaan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa banyak lagi peruntukan dalam belanjawan tersebut yang boleh dikurangkan, sekali gus meringankan beban hutang negara pada masa depan.
TONTON: Bajet 2022 | Semak balik peruntukan - Tun M
Pada Jumaat lalu kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.
BACA: Bajet 2022: Kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Nov 03 2021
Menurut Ismail Sabri, Bajet 2022 telah mengimbangi semua aspek termasuk hutang negara dan keperluan rakyat. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).