Kerajaan iktiraf sumbangan masyarakat Cina kepada ekonomi Malaysia - PM Najib
Bernama
September 22, 2017 07:48 MYT
September 22, 2017 07:48 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi memberi penghargaan kepada komuniti Hokkien di Malaysia dengan menyatakan mereka telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan ekonomi negara.
Beliau menyifatkan kejayaan masyarakat Hokkien dalam perniagaan disebabkan etika kerja, yang baik, bekerja keras dan memiliki ciri-ciri keusahawanan.
Komuniti Hokkien mewakili majoriti tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia. Lapan puluh peratus daripada 10 usahawan teratas yang berjaya di negara ini adalah dari komuniti Hokkien.
"Saya berharap anda akan terus bekerja keras untuk menjadi seperti keusahawanan dan inovatif yang mungkin supaya boleh membantu untuk membawa Malaysia mencapai pertumbuhan ke tahap lebih tinggi," kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-60 Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia (FHAM) dekat sini malam tadi.
Najib berkata oleh kerana Malaysia berhasrat untuk menjadi salah satu ekonomi yang terkemuka di dunia, amatlah penting ia perlu menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam membangunkan ekonominya.
"Kita tidak boleh bergantung kepada sumber semula jadi seperti dahulu. Minyak walaupun sebagai sumber mungkin tidak berharga seperti yang lazimnya sebelumnya.
"Apapun kita perlu menggunakannya dengan baik terutama kemahiran rakyat kita, modal intelektual dan dorongan keusahawanan supaya boleh mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi," kata beliau
Najib mengulangi janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini kerana beliau percaya sekolah tersebut dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan mendidik dan melengkapkan anak-anak muda dengan kemahiran dan nilai-nilai yang penting untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Beliau berkata ini juga selaras dengan dasar kesederhanaan dan inklusif kerajaan BN dan sebuah kerajaan yang boleh mewakili aspirasi semua kaum di negara ini.
"Ini sangat jelas tentang bagaimana adil dan saksama kerajaan BN sekarang. Saya juga percaya negara ini akan mendapat manfaat daripada kepelbagaian budaya. Kita tidak boleh melihat ini (kepelbagaian) sebagai satu masalah yang menghalang perpaduan negara tetapi ia adalah sumber kekuatan bagi negara jika ia dihargai dan memanfaatkannya dengan cara yang betul," kata beliau.
Turut hadir Presiden FHAM Tan Sri Khoo Chai Kaa dan Duta Besar Republik China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.
-- BERNAMA