Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin.
Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.
"Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris.
Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam.
Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Dis 2016.
Dr Mahathir berkata kebiasaannya Majlis Raja-Raja mempunyai peraturan dan kaedah tertentu sama ada melibatkan penggiliran mahupun undi yang telah termaktub dalam perundangan.
Ditanya mengenai pengganti Sultan Muhammad V, Dr Mahathir berkata beliau sama sekali tidak akan mencampuri urusan pengganti baginda dan ia adalah keputusan muktamad Majlis Raja-Raja.
"Kita tidak akan mencampuri urusan itu. Pengganti Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Saya tidak tahu bagaimana cara pemilihan dan mengikut adat mereka ada susunan mereka sendiri," katanya.
Mengulas mengenai prestasi menteri-menteri kabinet pada masa sekarang, Dr Mahathir berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi mereka.
"Kita perlu ingat bahawa mereka adalah ahli kabinet baharu dan sebelum ini mereka tidak pernah jadi menteri. Mereka terbawa-bawa dalam pembangkang dulu dan sukar untuk membawa diri," katanya.
Beliau berkata sewajarnya menteri kabinet yang ada itu diberi peluang dan tidak ada keperluan untuk menukar mereka dengan menteri yang baharu.
Sementara itu, Dr Mahathir mahu semua pihak memahami kenapa beliau sering mengutamakan masalah yang dihadapi bangsa Melayu kerana beliau mahu bangsa itu bangkit dan menjadi maju seperti bangsa lain.
"Parti Bersatu akan sentiasa mengutamakan permasalahan bangsa Melayu yang kini masih merupakan bangsa yang miskin.
"Perubahan perlu dibuat supaya Melayu juga dapat nikmat kekayaan negara kita. Kita bukan akhirnya ketinggalan jauh di belakang," katanya.
Ketika berucap merasmikan pejabat Bersatu baharu itu, Dr Mahathir berkata Bersatu boleh menggantikan UMNO untuk membela bangsa Melayu dan berharap sokongan itu diterima semua.
Dr Mahathir juga mahukan Bersatu tidak membuat kesilapan seperti kerajaan terdahulu yang akhirnya boleh meruntuhkan kerajaan.
"Jangan buat seperti yang dilakukan dahulu dan jika perkara itu berlaku, kerajaan yang ada tidak akan boleh bertahan lama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 07 2019
Dr Mahathir berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin. -Gambar fail
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM
Fahmi berkata Meta bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus mengadakan perbincangan dan menerima maklum balas serta input daripada kerajaan.
Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik - TPM Fadillah
Kontraktor perlu tandatangan ikrar bagi memastikan projek siap dalam tempoh yang ditentukan serta mengikut spesifikasi, standard dan bajet ditetapkan.
Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil
Menurut Siraj Jalil, dengan adanya kesedaran tentang isu ini, ia dapat mengurangkan rasa cemas dalam kalangan masyarakat.
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.
Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat
Pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital.
Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.