Kerajaan digesa pertimbang luaskan bantuan moratorium, pengeluaran KWSP
Astro Awani
November 10, 2020 12:17 MYT
November 10, 2020 12:17 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa pertimbangkan untuk melusakan bantuan lanjutan moratorium dan menghalusi pengeluaran kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menambahkan lagi kategori golongan yang boleh mendapat faedah itu.
Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bantuan itu dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
"Bantuan Prihatian Rakyat adalah bersifat one-off dan lebih tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.
"Disebabkan ini bantuan one-off, ia tidak cukup menampung perbelanjaan bulanan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, meskipun kerajaan memberi penstrukuran pembayaran, namun masih ada ruang untuk menghalusinya.
Menurut beliau, Belanjawan 2021 secara relatifnya banyak tertumpu kepada golongan B40 dan peruhasaan mikro.
Katanya, selain golongan M40, kerajaan juga seharusnya melihat pada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri perkhidmatan dan pelancongan yang masih tidak dapat melunaskan komitmen bulanan mereka.
"Walaupun ramai yang memberi komen bahawa tidak banyak inisiatif untuk menjana ekonomi untuk mencatat pertumbuhan positif di masa, namun saya melihat keutamaan adalah lebih kepada isu menangani dan membentu mereka yang terjejas teruk.
"Masa ada ruang kepada kerajaan untuk mengemukakan Belanjawan susulan atau Pakej Ransangan Fiskel untuk tahun hadapan," jelasnya.