Kerajaan cadang keluar pasport vaksin untuk penerima vaksin

Ridauddin Daud
Februari 21, 2021 06:54 MYT
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan kotak mengandungi vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech. - Gambar BERNAMA
SEPANG: Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi perkara itu.
“Terdapat dua kaedah iaitu yang pertama, melalui MySejahtera. Kita boleh pamer dalam MySejahtera dan yang kedua, kita boleh buat fizikal (bentuk pasport yang boleh diterima negara lain).
"Kalau ikut perancangan, kita perlu lihat juga bagaimana negara-negara lain boleh bekerjasama dengan pasport vaksin berkenaan terutamanya apabila kita ke luar negara,” katanya.
BACA: Program Imunisasi COVID-19 diawalkan, Perdana Menteri terima suntikan pada 24 Februari
BACA: Vaksin Pfizer akan dihantar ke 16 PSV di seluruh negara - Khairy Jamaluddin
Tambahnya, kerajaan juga akan berunding dengan negara luar untuk menyelaraskan pasport vaksin tersebut di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia, selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.
BACA: Vaksin tiba, buka lembaran baharu Malaysia perangi COVID-19 dalam fasa seterusnya
Pesawat MH604 dengan hiasan livery Jalur Gemilang sebagai simbolik bahawa vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada pukul 10.07 pagi.
Dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) iaitu cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd, penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 bagi membawa vaksin COVID-19 tersebut.
Sebaik mendarat, proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di kawasan Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA.
[TERKINI] COVID-19 | Vaksin tiba di KLIA
#vaksin #program vaksinasi #Khairy Jamaluddin #Adham Baba #menteri #Noor Hisham Abdullah #Wee Ka Siong #Malaysia Airlines #MAS #MASkargo #Perdana Menteri #KLIA #KKM #Airbus #Kementerian Kesihatan #rakyat #COVID-19 #Pfizer #penerbangan