Kerajaan Persekutuan boleh mengambil alih kawalan operasi pengagihan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya penstrukturan semula industri air di Selangor tidak dapat diselesaikan sehingga mengganggu kebajikan rakyat dan kegiatan ekonomi di negeri itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagaimanapun berkata ia merupakan pilihan terakhir kerana kerajaan komited untuk menyelesaikan permasalahan tersebut menggunakan pendekatan diplomasi agar keyakinan pihak swasta tidak terjejas.
"Atas dasar kepentingan negara, kerajaan Persekutuan boleh mengambil pendekatan itu mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
"(Tapi) kami masih sedia berdiplomasi. Kalau gagal, kita boleh pakai Seksyen 114...(jika gagal juga) Saya boleh isytihar darurat dan kemudian tentera masuk. Anda ingin buat begitu? Tidak. Kita mahu elakkan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) yang sehingga kini belum menemui jalan penyelesaian.
Usul itu dikemukakan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).
Berdasar itu, Ongkili menggesa kerajaan Selangor untuk meneruskan kerjasama bagi menjayakan penstrukturan dan pelaksanaan projek LRAL2 seperti yang telah dipersetujukan kepimpinan negeri sebelum ini.
Ongkili berkata kerajaan Persekutuan komited dalam memastikan bekalan air di Lembah Klang sentiasa terjamin dan berterusan.
"Komitmen ini telah diterjemahkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dan juga bajet sebanyak hampir RM1 bilion untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi menangani kekurangan air sementara menunggu siapnya Projek LRAL2," katanya.
Mengulas lanjut, Maximus berkata kelewatan pelaksanaan projek LRAL2 telah menyebabkan kedudukan bekalan air di Lembah Klang bertambah 'kritikal' dengan kedudukan rizab bekalan air secara puratanya di bawah dua peratus.
Katanya rizab bekalan air pada 6 Jun lepas, turun sehingga paras 0.46 peratus.
Rizab bekalan air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dapat ditingkatkan ke paras 13 peratus dengan penambahan sebanyak 1,130 juta liter sehari melalui projek LRAL2, katanya.
Selain itu, Maximus berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menangguhkan sebarang kelulusan permohonan projek pembangunan baharu sehingga projek LRAL2 beroperasi.
Katanya sehingga April lepas, sebanyak 593 permohonan pelbagai jenis projek pembangunan baharu telah ditangguhkan oleh SPAN.
Sementara itu, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak hadir ketika usul itu dibahas di Dewan Rakyat.
"Difahamkan beliau berada di Kuala Krai, Kelantan serah kunci rumah banjir, sedangkan anggota Parlimen Kuala Krai kita lihat ada di Dewan Rakyat untuk dengar masalah air," katanya.
Katanya, tindakan Mohamed Azmin itu jelas menunjukkan masalah air di Selangor yang dihadapi rakyat bukan menjadi kepentingan Menteri Besar Selangor itu.
Bernama
Wed Jun 17 2015

MAXIMUS: Atas dasar kepentingan negara, kerajaan Persekutuan boleh mengambil pendekatan itu mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Azmin arah peguam batalkan saman Puncak Niaga
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan peguam yang mewakilinya dan kerajaan negeri untuk mengambil tindakan itu atas alasan dakwaan Puncak Niaga dalam saman berkenaan tidak berasas.