KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memberikan insentif sehingga 80 peratus kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi individu bekerja sendiri tahun depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata tahun ini kerajaan memberikan insentif atau subsidi sebanyak 70 peratus daripada RM232.80 iaitu jumlah caruman yang dibayar oleh pencarum dalam setahun.
"Hanya RM20 hingga RM30 lebih akan dibayar oleh pencarum dalam masa setahun menerusi insentif itu nanti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai usaha yang telah dilakukan untuk menggalakkan caruman skim perlindungan Perkeso dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi individu yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing.
Awang berkata RM232.80 merupakan antara empat pelan caruman pilihan yang disediakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) yang bermula dengan pilihan pelan caruman sebanyak RM157.20; RM 232.80; RM442.80; atau RM592.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.
Beliau memaklumkan individu bekerja sendiri yang terlibat dalam bidang p-hailing telah diwajibkan supaya berdaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Katanya ia selaras dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar caruman Bagi Orang Yang Menjalankan Perkhidmatan Pengangkutan dan Penghantaran Barangan Atau Makanan) 2021 bertarikh 21 Sept lepas dan mula berkuat kuasa pada 1 Okt.
Justeru itu, individu bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri dalam perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan diwajibkan mendaftar dan mencarum bermula 1 Okt lepas.
Awang menjelaskan strategi dan usaha berterusan sentiasa diambil perhatian oleh kerajaan bagi meningkatkan caruman skim perlindungan Perkeso dan SIP terutama bagi individu yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing.
Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing adalah diliputi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang tertakluk di bawah peruntukan Akta 789.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021

Tahun ini kerajaan memberikan insentif atau subsidi sebanyak 70 peratus daripada RM232.80 iaitu jumlah caruman yang dibayar oleh pencarum dalam setahun.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.

Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.