Kerajaan berhasrat perkenal sekolah khas untuk golongan paling miskin - PM Anwar

Bernama
Ogos 5, 2023 18:37 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar Bicara Pendidikan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, hari ini. -- fotoBERNAMA
KEPALA BATAS: Kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.
"Jadi, kita ada sekolah yang memberi ruang kepada anak-anak yang miskin khususnya yang paling miskin serta keputusan (akademik) yang tidak memuaskan. Kita beri mereka peluang untuk belajar," katanya ketika berucap pada program Temu Anwar Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata peluang pendidikan perlu diberikan secara saksama supaya tiada mana-mana golongan tercicir daripada pendemokrasian mutu pendidikan yang memberikan hak pendidikan kepada semua orang.
#Anwar Ibrahim #sekolah khas #anak golongan paling miskin #sekolah menengah berasrama penuh
;