Kerajaan bercadang perkenal cukai baharu
Rahimah Abdullah
Oktober 5, 2019 12:17 MYT
Oktober 5, 2019 12:17 MYT
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai-cukai baharu yang tidak membebankan rakyat, ujar Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelasnya, ia berikutan sistem cukai sedia ada tidak tersusun dan ada pihak yang terlepas dari membayar cukai.
Pada masa sama, kajian akan dilakukan agensi dan kementerian berkaitan berhubung perkara itu.
“Sistem cukai dahulu kita tidak menggunakan cara yang tertib, tersusun. Dan banyak orang yang terlepas dari membayar cukai. Ini akan diperkemaskan lagi. Kita akan ada agensi.
"Cukai pendapatan umpamanya, akan diperkemaskan, dan juga kita mungkin terpaksa memperkenalkan cukai-cukai yang baharu, yang tidak terlalu membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan sistem pencukaian itu tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020.
#Beban
#Belanjawan 2020
#cukai
#GST
#Kajian
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#rakyat
#sistem cukai
#Wawasan Kemakmuran Bersama
#WKB 2030