Kerajaan belum buat keputusan wajibkan suntikan vaksin COVID-19 - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Oktober 16, 2021 11:30 MYT
Kerajaan belum buat keputusan mewajibkan suntikan vaksin COVID-19, kata perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat di negara ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan tiada sebarang keputusan telah dibuat.
Bagaimanapun beliau menyarankan agar semua pihak memainkan peranan untuk mengambil suntikan vaksin bagi memudahkan urusan dan keistimewaan selain kelonggaran yang boleh diberikan kepada mereka.
“Keputusan mewajibkan vaksin belum diputuskan tapi kita sarankan agar semua dapatkan vaksin.
"Banyak keistimewaan dan kelonggaran yang bakal mereka terima.
“Saya nak beritahu setakat semalam dah 92 peratus mendapat vaksin. Satu dos 95 peratus. Yang tidak mahu vaksin hanya lebih kurang 1 peratus sahaja.
"Jadi dari segi prinsip kerajaan kita menjaga kepentingan ramai daripada menjaga dan melindungi kepentingan yang sangat sedikit,” katanya Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, dekat sini, pagi tadi.
[TERKINI] Sidang media PM selepas meninjau Perumahan Awan Seri Perak
BACA: Peralihan fasa PPN, kelonggaran SOP, ini tumpuan kenyataan PM
BACA: Cuba masuk Kelantan gagal, pasangan kekasih tidak lengkap vaksinasi dikompaun
Setakat ini, sebanyak 91.4 peratus populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksin, manakala populasi keseluruhan lengkap divaksinasi pula ialah 67.5 peratus.
Vaksinasi COVID-19 | Populasi dewasa capai 91.4%
#ismail sabri yaakob #COVID-19 #wajibkan suntikan vaksin #masih dalam peringkat kajian
;