Jumlah dan kaedah pampasan mangsa insiden kren tumbang membabitkan jemaah haji Malaysia di Masjidilharam pada 11 September lalu, akan diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Disember depan.
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan membantu waris dalam menguruskan tuntutan pampasan dengan kerajaan Arab Saudi.
"Pihak Muassasah Arab Saudi berkata kementerian hajinya sedang berusaha dengan gigih dalam menguruskan pampasan ini kerana ia bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah banyak negara lain.
"Jadi, mereka kena memperhalusi dan membuat penelitian. InsyaAllah bulan Disember ini mereka akan umumkan kaedahnya. Selepas itu, baru saya akan salurkan maklumat itu kepada semua waris dan keluarga,"tambah Azeez selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim Haji 1436H di Dewan Besar TH, Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.
Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidilharam, sebaik jemaah dan umum selesai mengerjakan solat Asar.
Daripada jumlah itu, tujuh jemaah haji Malaysia dilaporkan terkorban.
Sebelum ini, media Arab Saudi melaporkan, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mengarahkan pemberian wang pampasan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan sebanyak 1 juta Riyal (RM 1.14 juta).
Wang itu akan diberikan kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban, termasuk mereka yang cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden malang itu.
Mereka yang mengalami cedera ringan pula akan diberikan pampasan 500,000 Riyal (RM573,610).
Azeez berkata pihak Arab Saudi masih belum lagi menjelaskan keadaan kecederaan mangsa yang layak menerima pampasan itu.
"Mangsa yang mengalami kecederaan ketika kejadian bagi jemaah Malaysia ada 11 orang. Jadi kalau 11 orang cedera, dia kata 500,000 tapi kita tidak tahu cedera itu bagaimana cara cedera. Sama ada yang kena jahitkah atau yang lebam di tangan atau yang patah kaki," kata Azeez.
Jelas Azeez, segala urusan keluarga mangsa yang melibatkan insurans, sumbangan, ziarah yang membabitkan pihak Tabung Haji telah selesai sepenuhnya.
Mariah Ahmad
Thu Nov 26 2015

AZEEZ: Tabung Haji akan membantu waris dalam menguruskan tuntutan pampasan dengan kerajaan Arab Saudi.. - Foto Astro AWANI/Mariah Ahmad
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Kerajaan Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersedia menentang tuntutan saman atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam berkaitan Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI).
Penjawat awam disyaki terima rasuah RM2,500 ditahan
Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
Polis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu.
Stor dan makmal haram diserbu, rampasan hampir RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.
Negara Arab perlu 'rempuh' pintu masuk sempadan - MAPIM
Kematian lapan petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas bukti Israel makin hilang kewarasan.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Sistem pertahanan dunia rosak benarkan keganasan Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem pertahanan dunia sudah rosak apabila terus mengizinkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza sehingga mengorbankan lebih 400 nyawa.

Tabung Haji bakal peruntuk subsidi haji lebih tinggi bagi 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memperuntukkan jumlah subsidi yang lebih tinggi untuk musim haji tahun hadapan bagi mengurangkan kos haji yang dijangka semakin meningkat.

Presiden KP1M Abdul Azeez cedera, kepala dihempap palang khemah
Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan.