Kementerian Kewangan menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kerajaan Kelantan sekiranya pihak terlibat gagal membayar gaji kakitangan berikutan permohonan sebanyak RM100 juta telah pun diluluskan kerajaan Persekutuan bulan lepas.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, permohonan pinjaman itu dibuat kerajaan Kelantan bagi tujuan pembayaran gaji kakitangan kerajaan di negeri itu dan telah diluluskan, meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM91.5 juta.
"Ini supaya kakitangan kerajaan tidak 'dimangsakan' dan kita terus bagi bantuan supaya mereka tidak 'dimangsakan' atas salah pengurusan atau pun tidak efisien," katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di sini hari ini.
Dalam ucapan pembukaan konvensyen, Setiausaha Agung DAP itu turut memberitahu bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan.
Katanya, walaupun permohonan diluluskan, beliau mendakwa tetap menerima kritikan dan makian, namun menegaskan perkara berkenaan diketepikan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.
Beliau juga tidak menolak, kecaman pihak terlibat sebenarnya bagi menutup kelemahan diri sendiri yang dilihat memainkan sentimen perkauman dan agama.
"Kita bagi pun kena kecam, kena caci maki hamun tetapi inilah tanggungjawab sebagai kerajaan.
"Kalau mereka dapat perintah negara, habislah kita semua. Gaji pun tak mampu bayar, macam mana nak uruskan ekonomi?" katanya.
Mengulas lanjut katanya, rakyat perlu terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi merealisasikan Malaysia Baharu.
"Mereka (Pas dan BN) hanya tawarkan untuk satu kaum atau satu agama. Bukan macam Pakatan Harapan, kita jaga semua, bukan satu kelompok atau satu kumpulan. Kita jaga anak Malaysia," katanya.
Sinar Harian
Sun Nov 10 2019

Setiausaha Agung DAP itu turut memberitahu bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan. - Gambar fail
Mahkamah Perlembaan Korea Selatan batal keputusan pecat Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan hari ini, membatalkan pemecatan bekas Perdana Menteri, Han Duck-soo, sekali gus melantik beliau sebagai pemangku Presiden negara berkenaan.
Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana
Kerajaan Korea Selatan pada Isnin mengisytiharkan tiga lagi daerah di tenggara negara itu - Ulju, Uiseong dan Hadong, sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan berhari-hari yang telah memaksa ribuan penduduk berpindah.
Polis sembur lada terhadap penunjuk perasaan di Istanbul
Individu tersebut dipercayai menyertai protes tersebut untuk bagi membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Pilihan Raya Presiden 2028.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
RM20,000 disumbangkan oleh Fahmi Fadzil kepada WWF
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan RM 20,000 kepada WWF Malaysia untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan spesis haiwan ikonik di negara
Kerajaan rangka strategi nasional, perkukuh ekonomi
Inisiatif penting itu akan memantau tarif, sekatan dan risiko rantaian bekalan, sekali gus menyelaras tindak balas merentas kementerian dan sektor.
Malaysia perlu percepat eksplorasi & aplikasi teknologi AI - PM
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.
Pembinaan 12 set tren baharu untuk komuter utara dimulakan serta merta - Loke
Pembinaan 12 set tren elektrik baharu untuk perkhidmatan Komuter Utara akan bermula serta-merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan.
Peniaga jangan ambil kesempatan jual santan cair - Fuziah
Peniaga santan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan mencampurkan perahan santan segar dengan bahan lain semata-mata untuk mengaut keuntungan menjelang Aidilfitri.
Jawatankuasa kaji kanun keseksaan, tatacara jenayah dan akta keterangan
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dalam kenyataan memaklumkan jawatankuasa itu akan menjalankan kajian terperinci mengenal pasti peruntukan dalam ketiga-tiga akta itu sekali gus mencadangkan pembaharuan kepada undang-undang tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kongres kali ini hanya melibatkan komponen PH, dan ini adalah amalan biasa.

DAP akan bantu BN di PRK DUN Ayer Kuning, dulu mereka tolong kita - Loke
Anthony Loke berkata, ia merupakan amalan biasa bagi setiap gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kesemua calon disenarai pendek BN punyai kekuatan tersendiri - Mohamad Hasan
Enam calon termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili BN pada PRK DUN Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.